Kelas Khas Bersama OKU
26 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 September 2017, telah diadakan satu kelas khas yang disediakan untuk orang kelainan upaya (OKU). Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu orang kelainan upaya (OKU) untuk memberikan pendedahan dan kefahaman berkaitan ICT dan juga internet. Di dalam kelas pada kali ini,OKU diberikan latihan menaip dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Word untuk meningkatkan tahap kemahiran menaip dan juga dapat memahami cara untuk menggunakan papan kekunci dengan betul.
Microsoft Office Word ini telah di pelajari pada kelas-kelas yang lepas dan dengan membuat ulangkaji semula berkaitan latihan menaip ini akan membantu golongan OKU untuk lebih mahir menaip. Dengan adanya kelas khas ini, PI dapat membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) ini belajar dan mendapat latihan ICT yang sama seperti orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: