Program Pengenalan Frogvle
05 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2017, telah diadakan satu Program Pengenalan Frogvle yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 2.30-petang dengan di hadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara. Tujuan Program Pengenalan Frogvle adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara penggunaan dan juga fungsi laman frogvle kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara. Di dalam program ini, para pelajar telah diberikan kata nama dan juga kata laluan untuk memasuki laman Frogvle.
Setelah Berjaya memasuki laman Frogvle, para pelajar boleh mengemaskini laman Frogvle mereka sendiri dengan mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, di laman Frogvle ini juga, guru-guru boleh menghantaran latihan dan juga nota ulang kaji kepada setiap pelajar mengikut kelas masing-masing. Dengan adanya laman Frogvle ini, akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frogvle ini. Di akhir program ini, para pelajar di minta untuk menggunakan laman Frogvle dengan sebaiknya agar ilmu yang disampaikan oleh guru-guru dapat digunakan dengan sebaiknya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: