Program Pengenalan Frogvle
09 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 08 September 2017, telah diadakan satu Program Pengenalan Frogvle yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini merupakan kerjasama antara pihak PI Felcra Sungai Ara dan pihak Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara (SKFSA) dalam memberikan penerangan dan garis panduan berkaitan cara pengunaan laman web sekolah dan Frogvle mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah bermula pada jam 2.15 petang dan berakhir pada jam 4.15 petang. Setiap pelajar telah diberikan id dan kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman web sekolah. Id dan kata laluan juga turut diberikan kepada ibubapa dan guru untuk memudahkan mereka mendaftar masuk ke laman web sekolah. Di dalam laman web tersebut, setiap pelajar boleh menyunting laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri.
Selain itu, ibubapa boleh mendaftar masuk mengikut id dan kata laluan yang telah diberikan untuk memantau perkembangan sekolah dan juga anak mereka. Di samping itu, guru-guru boleh memuat naik latihan dan juga kerja rumah kepada pelajar-pelajar menerusi laman web sekolah ini. Selain itu, pelajar juga boleh membuat latihan dan ulang kaji pelajaran melalui laman Frogvle ini kerana setiap pelajar telah diberikan akses untuk membuka laman berkenaan. Pelajar juga boleh menyunting templet-templet yang telah disediakan di laman tersebut seperti tarikh-tarikh penting. Oleh itu, dengan adanya Frogvle ini, akan memudahkan guru, pelajar dan ibubapa mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih mudah dan murid dapat membuat latihan dengan cara yang berbeza selaras dengan teknologi terkini. Dengan adanya laman Frogvle ini, ianya akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frogvle ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: