Kelas Khas Bersama OKU
29 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mei 2017, telah diadakan satu kelas khas bersama orang kelainan upaya (OKU) yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas khas bersama orang kelainan upaya ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan ICT dan internet. Di dalam kelas khas ini, telah menerangkan cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point 2016. Beliau telah di berikan beberapa contoh salinan Microsoft Office Power Point 2016 untuk dijadikan rujukan semasa kelas khas ini berlangsung. Dengan peningkatan di dalam skill menaip pada kelas yang lepas, memudahkan beliau untuk menaip teks yang diberikan dengan lancar. Di akhir kelas khas ini, beliau telah berjaya menghasilkan power point beliau sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: