Kelas Khas Bersama OKU Siri III
14 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2017, telah diadakan satu Kelas Khas Bersama OKU Siri III yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Kelas Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet. Manfaat yang diperolehi daripada Kelas Khas Bersama OKU ini antaranya golongan OKU akan sentiasa mendapat maklumat terkini berkaitan ICT dan internet sama seperti orang lain supaya mereka dapat mengetahui perkembangan terkini.
Di dalam Kelas Khas Bersama OKU ini juga, golongan OKU ini di berikan penerangan berkaitan cara penggunaan internet yang selamat dalam memastikan golongan OKU ini tidak terlibat didalam salah laku di internet yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri OKU ini sendiri. Selain itu, golongan OKU ini juga diberikan penerangan berkaitan Check Your Label dalam memastikan peranti yang digunakan setiap hari mempunyai logo MCMC dalam memastikan keselamatan di dalam penggunaannya. Dengan adanya Kelas Khas Bersama OKU ini, kita dapat mendidik golongan OKU seperti orang lain dalam memastikan golongan OKU ini tidak ketinggalan di dalam bidang ICT dan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: