Kelas Microsoft Office Word
04 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 03 November 2017, telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Word. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas Microsoft Office Word ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan dengan lebih terperinci berkaitan dengan cara untuk menaip teks menggunakan Microsoft Office Word.
Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan kegunaan Microsoft Office Word dalam menaip teks karangan yang lebih mudah dan kemas. Selepas daripada penerangan berkaitan dengan Microsoft Office Word, mereka telah diberikan teks karangan untuk di taip semula dengan mengikut format yang telah diberikan. Mereka mengambil masa hampir 1 jam untuk menyiapkan teks karangan tersebut. Di akhir kelas Microsoft Office Word ini, mereka dapat memahami tentang cara untuk memasukan simbol-simbol yang betul berdasarkan teks yang telah di berikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: