Kelas Multimedia – Powtoon Siri II
05 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2017, ahad telah diadakan satu Kelas Multimedia:Powtoon Siri II yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas multimedia ini melibatkan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas multimedia:Powtoon Siri II ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan cara penggunaan serta fungsi Powtoon ini dalam menghasilkan video animasi yang menarik. Manfaat yang di perolehi di dalam kelas multimedia:Powtoon ini antaranya ialah dapat menghasilkan video animasi yang menarik dan dapat menarik penonton apabila melihat video tersebut.
Sebelum menggunakan aplikasi Powtoon ini, mereka perlu mendaftar masuk dengan menggunakan akaun google atau facebook. Selain itu, untuk lebih mudah menghasilkan video di aplikasi Powtoon ini, mereka boleh merujuk di Youtube cara-cara penggunaan aplikasi Powtoon dengan cara yang mudah. Terdapat pelbagai fungsi Powtoon ini termasuklah dalam penghasilan video animasi dan juga video komersial untuk perniagaan. Di akhir kelas multimedia:Powtoon Siri II ini,mereka dapat menghasilkan sendiri video dengan menggunakan aplikasi Powtoon ini dalam bentuk yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: