Kelas Keusahawanan – Media Sosial
06 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 05 Ogos 2017, telah diadakan satu Kelas Keusahawan: Media Sosial yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Tujuan Kelas Keusahawan: Media Sosial ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan halaman Facebook yang boleh digunakan sebagai halaman sesebuah perniagaan. Dengan menggunakan halaman Facebook sebagai platform sesebuah perniagaan, ini akan memudahkan lagi produk-produk usahawan tempatan dipasarkan dengan pantas hanya dengan menggunakan satu klik sahaja.
Media sosial sangat penting kepada usahawan pada masa kini kerana dengan adanya media sosial, pengguna akan dapat mengetahui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan-usahawan tempatan. Selain itu, dengan menggunakan media sosial juga, usahawan dapat mengetahui maklum balas dengan pantas berkaitan dengan produk yang dipasarkan kepada pelanggan dan dapat menambah baik produk-produk yang dihasilkan untuk keselesaan pelanggan pada masa akan datang. Dengan adanya Kelas Keusahawanan: Media Sosial ini, ianya dapat membantu usahawan mengenalpasti platform yang sesuai digunakan untuk memulakan sesebuah perniagaan ataupun menambah baik sesebuah perniagaan untuk lebih berdaya saing pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: