Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 1 (Dewasa)
03 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 01 & 02 November 2017, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 1 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program Bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara Bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara membuat resume serta cara untuk menaip dengan betul. Kelas ini telah berlangsung pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word.
Terdapat pelbagai fungsi di dalam Microsoft Office Word antaranya menukar pelbagai jenis font, memasukan jadual, gambar dan lain-lain lagi. Kelas ini telah dihadiri oleh komuniti dan pekerja Perpustakaan Desa yang ingin menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan ICT. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan format yang terdapat didalam resume, mereka telah diberikan latihan untuk menghasilkan resume mereka sendiri. Selama lebih kurang 1 jam mereka berjaya menghasilkan resume mereka sendiri berdasarkan daripada penerangan yang telah di berikan. Di akhir Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 1 ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul dalam menghasilkan resume dan juga menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: