Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 2 (Dewasa)
10 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 08 & 09 November 2017, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 2 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program Bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara Bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan surat kiriman rasmi. Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 2 ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dan telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Kelas ini juga telah dihadiri oleh komuniti dan pekerja Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Di awal kelas ini, mereka diberikan latihan menaip dengan betul dan pantas dengan menaip semula teks yang telah diberikan.
Apabila telah lengkap teks tersebut, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan format yang terdapat di dalam surat kiriman rasmi. Mereka diberikan penerangan tentang kedudukan alamat, tarikh dan juga isi yang perlu ada di dalam satu surat kiriman rasmi. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan membuat surat kiriman rasmi dengan merujukan contoh teks yang telah diberikan. Dalam masa 30 minit sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang tyelah diberikan. Di akhir Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 2 ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam surat kiriman rasmi ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: