Kelas Microsoft Office Word
15 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2017, telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Word. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dengan lebih terperinci berkaitan dengan Microsoft Office Word. Di dalam kelas ICT ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan kegunaan Microsoft Office Word dalam membuat jadual waktu yang lebih mudah dan kemas.
Mereka diberikan penerangan tentang cara untuk membuat kotak, cara untuk mewarnakan kotak dan juga cara untuk memasukan teks di dalam kotak yang telah dibuat. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan jadual waktu yang sangat menarik dan kemas serta memahami kaedah yang digunakan dalam menghasilkan jadual. Dengan adanya kelas Microsoft Office Word ini, mereka dapat memahami dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dengan menggunakan Microsoft Office Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: