Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 3
23 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2017, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 3 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program Bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara Bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi serta komuniti Asli Labong. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sesebuah teks. Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 3 ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kelas ini juga telah dihadiri oleh komuniti Asli dan pekerja Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Di awal kelas ini, mereka diberikan latihan menaip dengan betul dan pantas dengan menaip semula teks yang telah diberikan.
Apabila telah lengkap teks tersebut, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan format yang terdapat di dalam teks tersebut. Mereka diberikan penerangan tentang cara untuk menukar jenis font dan juga menambah tanda baca didalam sesebuah teks. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan teks dengan merujukan contoh teks yang telah diberikan. Dalam masa kurang 1 jam sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang telah diberikan. Di akhir Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 3 ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam teks ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: