Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 4
09 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 08 Disember 2017, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 4 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program Bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara Bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi serta komuniti Asli Labong. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sesebuah surat kiriman rasmi. Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 34ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Kelas ini juga telah dihadiri oleh komuniti Asli dan pekerja Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi.
Di awal kelas ini, mereka telah diberikan contoh surat kiriman rasmi sebagai latihan untuk menaip dengan betul dan pantas dengan menaip semula surat kiriman rasmi yang telah diberikan. Apabila telah lengkap, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan format yang terdapat di dalam surat kiriman rasmi tersebut. Mereka diberikan penerangan tentang cara untuk meletakan kedudukan alamat, tarikh, tajuk dan juga menambah tanda baca didalam sesebuah surat kiriman rasmi. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan surat kiriman rasmi yang lain dengan merujukan contoh surat kiriman rasmi yang telah diberikan. Dalam masa kurang 1 jam sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang telah diberikan. Di akhir Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 3 ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam sesebuah surat kiriman rasmi ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: