Program Keusahawanan Siri 2
18 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2017, telah diadakan satu Program Usahawan: Kursus Asas Penternakan Ayam Mutiara Siri 2 yang telah diadakan di Mini RTC FB Sri Mahkota, Mersing. Program keusahawanan ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Program usahawan ini merupakan program kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg. Air Tawar, Perpustakaan Desa Balairaya Kg. Semaloi dan Mini RTC FB Sri Mahkota. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk minat golongan belia menceburi bidangan keusahawanan secara kecil-kecilan bagi meningkatkan pendapatan sedia ada. Program ini di mulakan dengan pengenalan berkaitan cara penjagaan ayam mutiara berdasarkan pengalaman dan maklumat yang didapati daripada penternak yang lain.
Selain itu, sesi soal jawab dan bertukar pendapat turut dilakukan bagi memastikan mereka memahami ilmu yang dipelajari di dalam program keusahawanan ini. Di samping itu, mereka turut diberikan penerangan tentang cara untuk mencari maklumat berkaitan dengan penternakan unggas yang boleh dicari di internet. Mereka bukan sahaja boleh mencari maklumat di google, malah di media sosial seperti facebook juga mereka boleh mendapatkan maklumat yang bermanfaat berkaitan dengan penternakan unggas. Di samping itu, mereka turut diberikan penerangan berkaitan dengan cara pembelian makanan ternakan dan ubat-ubatan yang boleh dilakukan secara atas talian. Di akhir program ini, setiap peserta diberikan beberapa ekor anak ayam mutiara untuk di jaga sebagai permulaan kepada mereka melakukan penternakan secara kecil-kecilan dan menggunakan ilmu yang telah diberikan di dalam program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: