Kelas Keusahawanan – Media sosial
26 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada sabtu, 25 mac 2017 telah diadakan satu kelas keusahawanan : usahawan media sosial. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Di dalam kelas ini, mereka diberikan penerangan berkaitan dengan halaman facebook. Kebiasaannya, kebanyak individu pada masa kini yang membuat jualan secara online hanya menggunakan akaun facebooknya sendiri. Apabila mereka menjual sesuatu produk menggunakan akaun facebook sendiri, status yang ditulis dan juga bahan yang dijual di facebook akan bercampur aduk. Oleh itu, dengan membuat halaman di facebook, akan lebih memudahkan mereka untuk fokus dalam menjual produk secara online. Pembeli juga akan dapat melihat senarai barangan dan harga yang telah di sediakan di halaman facebook sesebuah perniagaan. Di dalam kelas ini, mereka diajar cara untuk mengemaskini halaman facebook dengan memuat naik gambar, keterangan perniagaan dan juga harga sesuatu produk. Di dalam kelas ini juga, mereka diberikan sedikit taklimat klik dengan bijak berkaitan dengan penyebaran maklumat palsu. Di akhir kelas ini, mereka sudah memahami cara untuk mengemaskini maklumat di halaman facebook mereka sendiri
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: