Kelas Multimedia
14 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mei 2017, telah diadakan satu kelas multimedia yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas multimedia ini telah bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi. Tujuan kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan berkaitan cara untuk membuat kad ucapan semperna sambutan Hari Guru. Pelbagai jenis templet kad ucapan telah disediakan di laman web berkenaan dan mereka hanya perlu memilih salah satu templet kad ucapan yang telah diberikan.
Di templet berkenaan, mereka boleh menyunting gambar, latar belakang, warna dan juga teks mengikut pada kreativiti masing-masing. Selain itu, mereka boleh memilih sama ada menulis kad ucapan dengan menggunakan Bahasa melayu atau Bahasa inggeris. Selepas siap menghasilkan kad ucapan Hari Guru tersebut, mereka boleh muat turun kad ucapan tersebut dengan mendaftar masuk menggunakan akaun google dan juga akaun facebook. Setelah selesai muat turun kad ucapan tersebut, mereka boleh memuat naik kad ucapan tersebut di media sosial seperti facebook dan juga Instagram. Dengan adanya kelas multimedia ini, akan memudahkan ahli PI yang merupakan pelajar sekolah menghasilkan kad ucapan Hari Guru yang menarik dengan mudah dengan menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: