Kelas ICT – Microsotf Office
09 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 april 2017, telah diadakan satu kelas ICT: Microsoft Office Excel. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dengan lebih terperinci berkaitan dengan Microsoft office excel. Di dalam kelas ICT ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan kegunaan Microsoft office excel dalam membuat jadual waktu yang lebih mudah dan kemas. Mereka diberikan penerangan tentang cara untuk membuat kotak, cara untuk mewarnakan kotak dan juga cara untuk memasukan teks di dalam kotak yang telah dibuat. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan jadual waktu yang sangat menarik dan kemas. Dengan adanya kelas ICT: Microsoft office excel ini, mereka dapat memahami dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dengan menggunakan excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: