Advokasi KDB @ Mesyuarat Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Negeri Johor
10 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 februari 2017, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia(PI) Felcra Sungai Ara telah bersama-sama menyertai menyuarat Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Negeri Johor yang bertempat di Felda Semencu, Kota Tinggi, Johor. Antara salah satu agenda di dalam mesyuarat tersebut adalah pembentangan tentang pengenalan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara, Adokasi @ Klik Dengan Bijak (KDB), pembentangan perincian program bersama ahli-ahli PKPKM Cawangan Kampung Sungai Ara dan memohon sokongan penuh daripada pengerusi PKPKM Negeri Johor untuk membuat program bersama ahli-ahli PKPKM Cawangan Kampung Sungai Ara. Dengan pertemuan di dalam mesyuarat ini, pihak PI Felcra Sungai Ara dapat memperkenalkan PI Felcra Sungai Ara dalam kalangan ahli-ahli PKPKM Negeri Johor dan dapat membantu ahli-ahli PKPKM Cawangan Kampung Sungai Ara untuk mempelajari ICT serta dapat membantu mereka dalam memberi latihan keusahawanan bagi meningkatkan sosio-ekonomi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: