KDB @ Program Pemeriksaan Kesihatan
02 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 1 april 2017 telah diadakan satu program pemeriksaan kesihatan yang bertempat di Dewan Wadira Felcra Seri Mahkota. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan secara percuma kepada penduduk Felcra Seri Mahkota dan kampung sekitarnya. Program ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Antara perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang di tawarkan adalah pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan dan juga pemeriksaan mata. Slot klik dengan bijak turut diberikan ketika menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hji Alus Bin Kassim, Pegawai Seantara Negeri Johor, FELCRA Berhad. Turut terlibat ialah Mini RTC Felcra Seri Mahkota dan Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: