Kelas Multimedia - Adobe Photoshop
08 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 07 april 2017, telah diadakan satu kelas multimedia: Adobe Photoshop. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang. Tujuan kelas multimedia: adobe photoshop ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan lebih terperinci berkaitan dengan fungsi dan penggunaan adobe photoshop. Fungsi adobe photoshop adalah untuk penyuntingan gambar,membuat kesan gambar dan juga membuat tulisan dengan kesan yang tertentu. Di dalam kelas multimedia ini, mereka telah diajar cara untuk membuat kesan gambar dengan menghilangkan latar belakang pada setiap gambar yang dipilih. Mereka boleh menggunakan “eraser tool”, “background eraser tool” dan juga “magic eraser tool”. Dengan menggunakan salah satu daripada “tool” tersebut, mereka boleh menghilangkan latar belakang sesuatu gambar. Apabila telah siap menyunting, mereka boleh menyimpan dengan menggunakan format PNG. Di akhir kelas multimedia ini, mereka telah berjaya menghilangkan latar belakang gambar yang telah di pilih. Dengan adanya kelas multimedia: adobe photoshop ini, mereka dapat mempelajari cara untuk menyunting gambar dengan betul dan mudah hanya dengan menggunakan adobe photoshop.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: