Kelas E-Learning – Tracking Phone Device
21 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 20 Oktober 2017, telah diadakan satu Kelas E-Learning: Tracking Phone Device yang telah di adakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan mendidik ahli PI Felcra Sungai Ara supaya sentiasa log in akaun Google pada telefon pintar mereka dan menghidupkan Location pada telefon pintar agar boleh di jejaki jika telefon pintar itu hilang atau tercicir. untuk mencari telefon pintar yang hilang atau tercicir dengan menggunakan akaun Google, mereka perlu Log in dahulu Akaun Google mereka dan pilih Find Your Phone. Google akan memaparkan jenis peranti yang telah di log in atas akaun Google itu dan memaparkan status bateri peranti tersebut. Selepas itu, mereka boleh memilih itu melihat lokasi peranti itu berada.
Seterusnya, Google akan memberikan pilihan sama ada untuk memainkan bunyi pada peranti, kunci peranti dan padam data. Apabila memilih untuk memainkan bunyi, peranti akan berbunyi selama 5 minit walaupun peranti tersebut telah ditetapkan didalam mod senyap. Jika memilih untuk kunci, peranti akan dikunci dan memaparkan mesej atau nombor telefon. Jika memilih untuk padam data, Google akan memadam semua kandungan yang terdapat pada peranti tersebut dan kandungan yang telah dipadam tidak boleh ditemui semula. Kelas ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 11.00 pagi. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa orang ahli PI Felcra Sungai Ara. Di akhir kelas E-Learning ini, mereka telah mengetahui kaedah untuk mencari peranti yang hilang atau tercicir. Mereka telah di ingatkan supaya untuk mengunci skrin telefon, sentiasa Log in akaun Google, dan menghidupkan Location bagi menggunakan Tracking Phone Device ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: