Kelas ICT – Microsoft Office Word (Menaip)
28 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 27 januari 2017, kelas ict telah diadakan di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sg. Ara. Kelas ict ini telah bermula pada jam 9.00 pagi. Kelas ict ini merupakan sambungan kelas Ict – Microsfot Office Word pada awal bulan yang lalu. Pada kelas yang lepas, mereka di ajar cara membuat jadual waktu persekolahan. Di dalam kelas ict ini, mereka telah di ajar cara menaip dengan menggunakan simbol yang tepat berdasarkan teks yang di ambil di dalam laman web yang disediakan.
Di dalam kelas ini juga, mereka telah di ajar cara mencari maklumat di internet dengan menggunakan google. Dengan adanya kelas ict ini, mereka dapat mencari maklumat dengan mudah dan dapat mempelajari cara menaip dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: