Kelas Kreativiti – Penanda Buku
26 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 februari 2017, telah diadakan satu kelas kreativiti- penanda buku yang telah berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas kreativiti pada kali ini mengajar tentang cara menghasilkan penanda buku dengan menggunakan kertas a4 berwarna dan juga kertas a4 terpakai. Sebelum membuat penanda buku ini, mereka boleh melihat youtube bagi mencari cara menghasilkan penanda buku yang unik dan menarik. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan beberapa penanda buku yang unik dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: