Program Microsoft Office - Excel
2 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 01 Februari 2018, telah diadakan satu Program Microsoft Office: Microsoft Excel yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan program bersama di antara Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi serta komuniti (Asli) Kampung Labung. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan garis panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Excel. Program Microsoft Office: Microsoft Excel ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kelas ini telah dihadiri oleh komuniti Asli dan pekerja Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi.
Di awal program ini, mereka telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan cara untuk menghasilkan bentuk dengan menggunakan Microsoft Excel. Mereka juga telah diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk bagi menghasilkan jadual. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan dengan merujukan contoh yang telah diberikan. Di akhir program Microsoft Excel ini, mereka dapat memahami format yang telah dipelajari dan dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka daripada semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: