Kelas Microsoft Office Word
17 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 16 Mac 2018 telah diadakan Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.30 dan berakhir pada jam 5.30 petang. Tujuan kelas Microsoft Office ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menghasilkan buku skrap dengan bertemakan Kegiatan Ekonomi di Kerajaan Melayu Awal. Di awal kelas ini, mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk mencari maklumat di internet.
Mereka perlu mencara segala maklumat berkaitan sama ada gambar ataupun maklumat. Selepas itu, mereka perlu menggabungkan maklumat dan gambar dengan menggunakan Microsoft Office Word. Di dalam Microsoft Office Word, mereka meletakan tajuk, gambar dan maklumat yang berkaitan didalam setiap muka surat bagi menghasilkan buku skrap ini. Di akhir kelas ini, mereka berjaya melengkapkan buku skrap masing-masing dan mereka juga dapat meningkatkan kefahaman berkaitan dengan Microsoft Office Word serta kemahiran menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: