Program E-Learning Bersama TAJ

18 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 17 September 2018 telah di adakan satu Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sebuah artikel tokoh sejarah. Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Word dan juga penerangan berkaitan format yang terdapat di dalam artikel.

Setelah selesai penerangan, mereka membuat artikel berkaitan dengan tokoh sejarah yang telah di cari di Google. Mereka di ingatkan agar menaip dengan ejaan yang betul, menggunakan tanda baca yang betul dan mengikut format yang betul. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan artikel tokoh sejarah dengan ejaan dan tanda baca yang betul.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali