Program Khas Bersama OKU
20 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada Isnin, 19 Februari 2018, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Program Khas Bersama OKU ini merupakan Program Kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara dan Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.
Manfaat yang diperolehi daripada Program Khas Bersama OKU ini antaranya golongan OKU akan sentiasa mendapat maklumat terkini berkaitan ICT dan internet sama seperti orang lain supaya mereka dapat mengetahui perkembangan terkini. Pada Program khas pada kali ini, beliau telah di berikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas dan juga meminimumkan kesalahan ketika menaip sesuatu teks. Beliau telah di berikan latihan menaip dengan menggunakan Microsoft Office Word. Dengan menggunakan Microsoft Office Word, beliau dapat belajar cara untuk membesar dan mengecilkan size pada font serta cara untuk menyeleraskan teks agar menjadi lebih kemas. Di akhir program ini, golongan OKU ini akan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: