Kelas Microsoft Office Word
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 21 Julai 2018 telah di adakan satu kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sebuah surat tidak rasmi. Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Word dan juga penerangan berkaitan format yang terdapat di dalam surat tidak rasmi.
Setelah selesai penerangan, mereka di minta untuk menaip semula surat tidak rasmi tersebut yang telah diberikan. Mereka di ingatkan agar menaip dengan ejaan yang betul, menggunakan tanda baca yang betul dan mengikut format yang betul. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan surat tidak rasmi tersebut dengan ejaan dan tanda baca yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: