Kelas Multimedia Canva Siri 8
24 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 23 Jun 2018 telah di adakan satu kelas Multimedia Canva Siri 8 yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas Canva ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva ini bagi menghasilkan kad ucapan kreatif secara mudah dan percuma. Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk membuat pendaftran secara percuma di laman Canva dengan memasukan akaun Google ataupun akaun Facebook yang mereka gunakan.
Selepas berjaya mendaftar di laman Canva, mereka boleh melihat templet-templet yang telah disediakan di laman Canva antaranya templet logo, poster, infografik, photo collage, kad perniagaan, kad ucapan dan juga resume. Pada kelas kali ini mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan kad ucapan kreatif dengan menggunakan Canva. Mereka boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan gambar yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas Canva ini, mereka telah berjaya menghasilkan kad ucapan kreatif mereka dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Mereka boleh memuat turun kad ucapan kreatif yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman Canva.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: