Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 8
4 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 03 Januari 2018, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 8 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program bersama antara Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi serta komuniti (Asli) Kampung Labung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sesebuah borang. Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 8 ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kelas ini juga telah dihadiri oleh komuniti Asli dan pekerja Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi.
Di awal kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk menghasilkan sesebuah borang dengan format yang betul dengan menggunakan Microsoft Office Word. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan sesebuah borang. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan satu borang dengan merujukan contoh format yang telah diberikan. Dalam masa kurang 1 jam sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang telah diberikan. Di akhir Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 8 ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam sesebuah borang ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: