Kelas Multimedia – Online Photo Editor Siri 4
4 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 03 Mac 2018 telah diadakan satu Kelas Multimedia: Online Photo Editor siri 4. Kelas multimedia ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas multimedia ini telah bermula pada jam 02.00-petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tujuan kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara untuk menyunting gambar dengan menggunakan laman web www.befunky.com. Di dalam kelas ini juga, mereka di ingatkan agar tidak menyunting gambar yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka sendiri dan sentiasa berhemah ketika menggunakan internet.
Di dalam kelas multimedia ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan fungsi yang terdapat di dalam laman web www.befunky.com ini.
Dengan menggunakan laman web www.befunky.com ini, mereka boleh menyunting gambar dengan mudah dan pantas. Selain itu, di dalam laman web ini terdapat beberapa fungsi yang lain antaranya adalah Photo Editor, Collage Maker dan Designer. Setiap satu mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri yang boleh membuatkan hasil suntingan gambar menjadi lebih menarik. Mereka juga turut diajar cara untuk memasukan teks ke dalam gambar dan boleh menggunakan pelbagai font yang telah disediakan di dalam laman web tersebut. Dengan belajar menyunting gambar di laman web www.befunky.com ini kita dapat melihat tahap kreativiti setiap individu tersebut.
Di samping itu, kita juga dapat memupuk minat untuk belajar menyunting gambar menerusi atas talian dalam kalangan komuniti setempat. Di dalam kelas pada kali ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk membuat collage maker. Di dalam collage maker mereka, mereka perlu meletakan sekurang-kurangnya empat gambar berdasarkan tema yang telah diberikan. Tema pada kelas kali ini adalah tema bebas. Di dalam collage maker mereka itu, mereka perlu meletakan nama mereka sebagai tanda bahwa gambar yang di sunting itu adalah milik mereka. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyunting 5 gambar collage mengikut tema mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: