Kelas Asas Microsoft Excel Siri 1
5 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 04 Januari 2018, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Excel Siri 1 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program bersama antara Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi serta komuniti (Asli) Kampung Labung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Excel dalam menghasilkan sesebuah borang. Kelas Asas Microsoft Excel Siri 1 ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dan telah berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Kelas ini juga telah dihadiri oleh komuniti Asli dan pekerja Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi.
Di awal kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk menghasilkan borang dengan menggunakan Microsoft Excel. Mereka juga telah diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan sesebuah borang. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan borang dengan merujukan contoh borang yang telah diberikan. Dalam masa kurang 1 jam sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang telah diberikan. Di akhir Kelas Asas Microsoft Excel Siri 1 ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam sesebuah borang ini dan dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: