Kelas E-Learning – Biteable
10 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 09 Mac 2018 telah diadakan satu Kelas E-learning – Biteable yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang dan telah berakhir pada jam 5.30 petang. Tujuan kelas Biteable ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Biteable ini. Biteable ini mempunyai persamaan yang hampir sama dengan Microsoft Office Power Point iaitu untuk membuat pembentangan. Yang menjadikan Biteable lebih menarik daripada Microsoft Office Power Point adalah pembentangan Biteable ini menggunakan video yang menjadikan sesuatu pembentangan itu lebih kreatif.
Di awal kelas ini, mereka di minta untuk mendaftar dengan menggunakan akaun Gmail ataupun akaun Facebook. Setelah berjaya mendaftar, mereka boleh memilih templet yang ingin di gunakan. Di dalam templet tersebut, mereka boleh meletakan teks, gambar, lagu, dan juga video yang berkaitan dengan pembentangan yang ini di lakukan. Mereka telah diberikan tugasan setiap individu perlu menghasilkan satu video Biteable dengan bertemakan bebas bagi meningkatkan kemahiran serta kefahaman mereka. Mereka diberikan masa satu jam untuk melengkapkan video-video tersebut. Di akhir kelas Biteable, mereka berjaya menghasilkan video-video yang kreatif berdasarkan tema masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: