Kelas E-Learning Kahoot
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 11 Ogos 2018 telah diadakan satu Kelas E-Learning Kahoot yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 11.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Kahoot dalam pelajaran.
Di awal kelas ini, mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk mendaftar masuk kedalam laman Kahoot adalah dengan menggunakan e-mail atau akaun Google. Setelah berjaya mendaftar, mereka boleh memilih profil sebagai seorang pelajar. Apabila telah berjaya memasuki laman Kahoot ini, mereka boleh mencari soalan dengan menaip kata kunci dibahagian carian. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan.
Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Mereka boleh memilih pelbagai subjek antaranya subjek Bahasa melayu, Bahasa inggeris, sejarah, matematik, sains dan banyak lagi. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya menjawab pelbagai jenis soalan dalam subjek yang telah mereka pilih dan memahami cara penggunaan laman Kahoot ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: