Program E-Learning – Kenali Alif Baa Taa Siri 2
20 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 19 Mei 2018 telah diadakan satu Program E-Learning – Kenali Alif Baa Taa siri 2 yang di laksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pengenalan huruf Alif Baa Taa. Program ini di mulakan dengan tayang video Alif Baa Taa dan pelajar-pelajar menyebut bersama-sama huruf tersebut secara berulang-ulang. Selepas itu, setiap pelajar disoal bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal huruf Alif Baa Taa dan di minta untuk menulis huruf yang di sebut di papan putih. Selain itu, mereka juga diberikan latihan menulis dan mewarna huruf Alif Baa Taa.
Dengan ini,kita akan dapat melihat tahaf kefahaman pelajar tersebut. Di samping itu, mereka juga diberikan penerangan berkaitan menyebut gambar berkaitan dengan huruf yang disediakan berpandukan video yang di tayangkan. Mereka bersama-sama menyebut perkataan yang terdapat di dalam video tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan mengalakan lagi pelajar-pelajar minat belajar dan dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam mengenal huruf jawi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: