Program E-Learning Bersama TAJ

07 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 06 Oktober 2018 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama TAJ yang telah di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan panduan dan latihan berkaitan dengan pengenalan huruf hijaiyah dan suku kata di dalam jawi. Program ini merupakan sambungan daripada program yang lepas. Dalam program kali ini, hanya melibatkan pelajar berumur 5 tahun sahaja. Program ini di mulakan paparan huruf hijaiyah dan pelajar-pelajar menyebut bersama-sama huruf terdapat di layar putih secara berulang-ulang.

Selepas itu, setiap pelajar disoal bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal huruf hijaiyah dan di minta untuk melengkapkan latihan berkaitan dengan huruf hijaiyah. Dengan ini, kita akan dapat melihat tahap kefahaman pelajar tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar didalam diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali