Kelas Microsoft Office Excel

12 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 11 Oktober 2018 telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Excel yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan dalam menggunakan Microsoft Office Excel. Di awal kelas ini, beliau telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan cara untuk menghasilkan bentuk dengan menggunakan Microsoft Office Excel.

Beliau juga telah diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk. Selesai penerangan, beliau diberikan latihan dengan merujukan contoh yang telah diberikan. Di akhir Kelas ini, beliau dapat memahami format yang telah dipelajari dan dapat meningkatkan kemahiran ICT beliau daripada semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali