Kelas Komponen Komputer
11 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 10 Ogos 2018 telah diadakan satu kelas Komponen Komputer yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 Petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan komponen komputer. Antara pengisian bengkel komponen Komputer ialah menerangkan satu persatu komponen yang terdapat pada komputer, menerangkan fungsi setiap komponen yang terdapat pada komputer dan menerangkan kerosakan yang biasa terjadi kepada komponen-komponen yang terdapat pada komputer tersebut.
Selepas penerangan, mereka diminta membuat silde berkaitan komponen komputer dan juga fungsinya dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Mereka boleh mencari maklumat bergambar di Google untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan dengan komponen computer. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: