Kelas Microsoft Office Word

10 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 9 Ogos 2018 telah di adakan satu kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word dalam memberikan latihan menaip dengan betul.

Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Word. Antara fokus yang diberikan penerangan adalah penggunaan huruf kecil, huruf besar, tanda baca seperti nokhtah, koma dan sebagainya. Setelah selesai penerangan, mereka di minta untuk menaip karangan yang telah disediakan. Mereka di ingatkan agar menaip dengan ejaan yang betul dan menggunakan tanda baca yang betul. Di akhir kelas, mereka telah berjaya menyiapkan karangan tersebut dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali