Program Khas Bersama OKU
16 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada Ahad, 15 April 2018, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Program Khas Bersama OKU ini merupakan program kerjasama antara Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara dan Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.
Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pembelajaran melalui internet dengan dengan menggunakan Quizizz dan juga aplikasi di telefon pintar. Di awal program, beliau perlu mendaftar masuk di laman Quizizz sebelum menggunakannya. Selepas berjaya mendaftar masuk, beliau boleh memilih kuiz yang bersesuaian dengan beliau. Beliau telah memilih kuiz berkaitan haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Kuiz ini akan menguji pengetahuan dan kefahaman beliau berkaitan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, beliau turut belajar memuat turun aplikasi berkaitan pembelajaran didalam Bahasa Inggeris. Beliau amat berminat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan Bahasa Inggeris dari semasa ke semasa.
Diakhir program ini, beliau telah mula mengenal pasti nama haiwan dan tumbuhan didalam Bahasa inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: