Program E-Learning Bersama TAJ
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 21 April 2018 telah diadakan satu Program E-Learning – Matematik yang di laksanakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00-pagi.
Program kali hanya melibatkan pelajar yang berusia 5 tahun dan 4 tahun sahaja. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pengenalan nombor asas matematik. Program ini di mulakan dengan tayang video nombor 123 dan pelajar-pelajar menyebut bersama-sama nombor tersebut secara berulang-ulang. Selepas itu, setiap pelajar disoal bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal setiap nombor dan di minta untuk menulis semula nombor-nombor yang di sebut di papan putih. Selain itu, mereka juga diberikan latihan menulis dan mewarna nombor berserta dengan gambar.
Dengan ini,kita akan dapat melihat tahap kefahaman pelajar tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam mengenal nombor asas daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar didalam diri masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: