Kelas Microsoft Office Power Point
3 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada Ahad, 02 September 2018, telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Power Point yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Power Point dalam menghasilkan sesebuah slide. Kelas Microsoft Office Power Point ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.00 petang. Di awal kelas ini, beliau telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk membuka Power Point, menambah slide, menukar latar belakang dan meletakkan gambar dengan menggunakan Microsoft Office Power Point.
Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan slide yang lebih kreatif. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan slide dengan bertemakan Hari Malaysia. Di akhir Kelas Microsoft Office Power Point ini, mereka dapat memahami fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: