Program Keusahawanan

4 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 03 Jun 2019 telah diadakan satu Program Keusahawanan yang diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Semaloi. Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 01.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, penerangan dan latihan bagi penghasilan biskut raya. Program ini merupakan program kerjasama diantara Pusat Ekonomi Digital dan juga Perpustakaan Desa. Para peserta telah diberikan penerangan berkaitan bahan-bahan dan juga cara penghasilan biskut raya. Mereka telah berjaya menghasilkan biskut raya dengan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dari Jabatan Pertanian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali