Kelas E-Learning Scratch & Augmented Reality
14 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 13 September 2019 telah diadakan satu Kelas E-Learning Scratch dan Augmented Reality yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan cara menghasilkan animasi dengan mengunakan Scratch secara atas talian dan juga penggunaan Augmented Reality dengan menggunakan Apps.
Augmented Reality adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan. Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada. Selain itu, mereka diberikan penerangan berkaitan Scratch dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Scratch. Mereka juga diberikan latihan asas dalam mengerakan Sprite dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka boleh memilih kucing sebagai sprite atau mereka boleh memilih sprite mereka sendiri. Untuk menggerakan sprite tersebut, mereka perlu memasukan arahan agar sprite tersebut bergerak ke tempat yang telah diarahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: