Program Khas Bersama OKU

16 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 15 April 2019, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara menghasilkan sandwich telur. Di awal program, beliau diberikan penerangan berkaitan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sandwich. Selepas penerangan, beliau diberikan latihan untuk menghasilkan sandwich dari mengupas kulit telur sehinggalah sandwich itu siap. Di akhir kelas ini, beliau telah berjaya menghasilkan sandwich telur tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali