Kelas Microsoft Office Power Point

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 1 Februari 2020, telah diadakan Kelas Microsoft Office Power Point yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara penghasilan slide pembentangan dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Kelas ini telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Di dalam kelas ini, beliau telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point, beliau telah diberikan latihan untuk menghasilkan slide. Di akhir kelas ini, beliau telah memahami dan mengetahui cara yang betul dalam menghasilkan slide pembentangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali