Kelas Microsoft Office Word

7 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 6 Januari 2020, telah diadakan Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara meletakan gambar di dalam Microsoft Office Word. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Di dalam kelas ini juga, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk meletakan gambar di dalam Microsoft Office Word, mereka telah diberikan latihan untuk meletakan gambar dengan mengikut contoh yang diberikan. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk meletakan gambar di dalam Microsoft Office Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali