Kelas Microsoft Office Word

8 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 7 Januari 2020, telah diadakan Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara menaip surat rasmi dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Di dalam kelas ini, mereka juga telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word.

Mereka turut diajar cara untuk menukar jenis font dan saiz font berdasarkan contoh yang diberikan. Selain itu, mereka juga diberikan penerangan berkaitan untuk menambah kepala surat. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menghasilkan surat rasmi, mereka telah diberikan latihan untuk menghasilkan surat rasmi dengan mengikut contoh yang diberikan. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menghasilkan surat rasmi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali