Kelas Microsoft Office Word
7 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 6 Mac 2020, telah diadakan Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan menaip jenis-jenis komponen komputer dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini telah berlangsung pada jam 11.00 pagi.
Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Selepas diberikan penerangan, mereka telah diberikan latihan untuk menaip jenis-jenis komponen computer dengan merujuk pada Google. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menggunakan Microsoft Office Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: