Google My Business

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu dan Ahad, 8 dan 9 Mei 2021 telah diadakan satu kelas di dalam talian Google My Business. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan setempat mempromosikan perniagaan atau produk mereka di platform Google My Business. Platform Google My Business ini mengandungi laman web, iklan produk dan juga gambar perniagaan atau produk yang ditawarkan oleh usahawan tersebut. Melalui Google My Business ini juga, pelanggan boleh menempah pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang terdapat di dalam web perniagaan. Platform Google My Business dapat membantu usahawan mempromosikan produk dan perniagaan mereka secara percuma di Google.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali